Friday, June 28

LIVE from Sabak Bernam.............

Kasi gempak sikit tajuk entry kali ni...ini lah kehidupan baru yang akan ditempuhi,diharungi, diredahi dan di semuanya lah untuk beberapa tahun yang belum dapat ditentukan
Memang dah lama aku tak menulis...mungkin kering idea atau kering tangan ni nak menaip pun tak dapat nak cakap..
Cuma yang pasti, teringin semula untuk mencoret selepas ni, tapi tak tahu la kekerapan tuk jari ini menari di atas papan huruf ni...


#Kini...aku seorang pendidik di Sekolah Agama Menengah Parit Baru,ada hikmahnya aku di sini,In Shaa Allah#

Friday, January 11

~2013~

Agak terlambat kot aku nak mulakan entri "SELAMAT TAHUN BARU" tapi sekarang rasa macam tahun baru lagi ;-)
2013....
banyak perkara yang nak kena update kot..paling sibuk apabila kerja makin bertambah....kerja biasa2 je pun tapi saje je wat gempak....al maklum la dah kena kerja dua tempat jadi enviroment pun mula berubah sedikit.... ZICK ZACK MESRA MALL& ZICK ZACK KEMAMAN..huhu

 2013...
perubahan baru yang agak mengejutkan bagi diri aku jugak...aku kena fikir semasak2nya sampai rentung kali ni kot...dulu bila tiada aku terlalu yakin 2013 akan jadi kenyataan tapi bila ia hadir aku masih tak dapat beri jawapan ..."masin jugak mulut aku ni ye" hehehehe
jalan terakhir aku berserah pada - NYA...semoga dipermudahkan semuanya...




Monday, December 10

berhabukkkk!!!

Mengulor sekejap waktu kerja ni hehehehe....perghhh...memang berhabuk dah blog aku ni
dah lame tak menconteng dinding ni....walaupun blog ni tak pemes tapi aku jadi rindu nak menulis..jadi aku tulis je la apa-apa....yang pasti aku sibuk dengan kerja...sampai orang sekeliling cakap aku gila kerja ...betul ke??hehehehe
lepas ni nak cuba update pasal CELCOM la plak...amacam??ok ke :-)






Monday, July 9

Bakat Terpendam II


Pantun Dua Kerat Pelajar 1 Elit


Hinggap di dahan si burung Merpati.,
Perwira Melaka berani mati.

Burung Merak menuju ke muara,
Hebat Tun Perak bergelar Bendahara.
(Nukilan Mohd Anwar Ridwan)

Burung Merbok membuat sarang,
Tun Perak panglima perang.
(Nukilan Muhd Aniq B. Samsaini)

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.
(Nukilan kumpulan Wooden Tiger)

Bakat Terpendam I

Pantun Empat Kerat Pelajar 1 Elit

Ibu dan ayah pergi ke pekan,
Pergi ke pekan membeli roti;
Agama dan bangsa mesti diamalkan,
Agar kita sentiasa dihormati.
(Nukilan Muhammad Sukri B. Zamri)

Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga buat sayuran;
Besar belanja sikap sia-sia,
Hanya menambah beban kewangan.
(Nukilan Nur Amira Bt. Amir Syarifuddin)

Burung Kelicap burung Merpati,
Menghias taman cantik sekali;
Kalau kita rajin mengulangkaji,
Pasti kita berjaya nanti.
(Nukilan Nur Farah Izzati Bt. Fainul Hisham)

Buah Cempedak buah Mangga,
Masak ranum manisnya tak terhingga;
Hormati guru sayangi keluarga,
Pasti hidup akan bahagia.
(Nukilan Siti Nor Izzaty Bt. Mohd Yusoff)

Saturday, July 7

29 Jun 2012

Mungkin ter"over" tapi nak kena mulakan update blog dengan perkara-perkara semanis gula dulu ni...
tarikh ini akan hadir setiap tahun, dan bila hadir tarikh ini...maka semakin meningkatla pendakian usia aku...wohoaaaaa...dah 24 tahun usia aku...Alhamdullilah aku masih diberi ruang untuk menjadi hamba-NYA di bumi ini....
Tarikh ini juga semakin indah apabila disambut oleh anak didik aku walaupun hanya 2 bulan bersama mereka...sampaikan tak dapat nak buat ucapan...terima kasih pelajar-pelajar ku...


Dipaksa tiup lilin & potong kek dihadapan.... malu-malu kucing je ni hehehe

Bersama pelajar perempuan 4 Bestari...


~ Semoga diri ini dipanjangkan usia & sentiasa dilindungi oleh-NYA...~

kunjung tiba...

Mood nak update blog tetiba kunjung tiba...mungkin sebab baru-baru sekolah ada anjurkan sesi untuk guru-guru buka blog...aku memang tak join la sebab dah ada blog hehehe
lagipun aku kebosanan duduk rumah, al maklum la semua ada aktiviti tersendiri, tingggal la aku sorang, jadi mood nak berblog datang tetiba....
Sekarang mood nak update pasal apa pulak ye??banyak sangat nak update ni.."cool ayu" :-)
ok..sigh..nak mulakan update tuk hari ini :-)