Wednesday, February 22

semakin menghampiri

Wahh!!! tarikh itu semakin menghampiri...bukan tarikh kahwin ok hehehehe
tapi bagi aku tarikh penting jugak la..mungkin ini tarikh penentu untuk aku mengembalikan kenangan lalu
semoga apa yang dirancang akan berjalan lancar dengan izin-NYA, aku berdoa agar ia terbaik untukku :-)

::thanksss untuk sahabatku Aqma, doa aku memperoleh kebahagiaan yang dicari ;-)

Monday, February 20

Dah lama aku tak mencoret di blog ni rupa-rupanya....mungkin masa cuti kesibukan bekerja kot hehehe
Sedar-sedar aku dah berada di UPM, lagi mengharukan aku melangkah masuk ke UPM sebagai pelajar semester terakhir iaitu sem 8...kejap je masa berlalu...sudah 4 tahun aku melangkah dan berpijak di bumi Serdang ini untuk menggapai kejayaan. Banyak kenangan manis dan juga mesti ada yang pahit yang dapat dikumpul selama 4 tahun ini...

Semoga sisa-sisa selama 7minggu di UPM ini dapat aku gunakan dengan sebaik-baiknya untuk terus menimba ilmu di sini. Semoga segalanya turut dipermudahkan oleh- NYA

:: 2012 akan membawa seribu makna...INSYAALLAH...aminnn:-))...