Tuesday, January 24

Bila Rindu??

Sedar tak sedar dah nak masuk dua minggu aku bercuti, namun apa yang aku cari tidak ku temui
mungkin kali ni, tiada kebetulan kot...aku tak dapat apa yang aku inginkan
bilakah akan tercapai??
hanya DIA yang tahu....:-)

Sebut pasal rindu, aku akan rindukan banyak perkara
Aku rindukan hidup kat kolej, rindukan kuliah, rindukan bilik di Canselor, dan rindukan semua
tapi apa yang kita dapat buat bila rindu??
 ~ini perkara yang aku buatlah ;-p
 1. Pertama-tamanya; berdoa pada Allah agar dia pun ingat kita :-)
 2. Sebut perkara yang kita rindu,,contoh ; bila rindu seseorang...sebut nama dia, tengok gambar dia hahahha
 3. Mesej atau telefon la orang tu hehehe
 4. Ada juga yang cakap tengokla bintang di langit tapi kalo hujan macam mana tu??hehehe
 5. Ni jika bila dah tak boleh wat apa-apa...buat tak tahu je la kan huhuhu

:: semoga apa yang kita rindu, akan turut merindui kita :-) ::

Thursday, January 19

adakah bahasa kita semakin canggih?

Sebenarnya entri kali ni aku tulis bukan atas tiket sebagai bakal guru bahasa..aku hanya menulis berdasarkan pemerhatian aku...kalau kita lihat sekarang ni bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kita semakin canggih.
Kadang-kadang sampaikan aku sendiri memang susah nak paham apa yang mereka tulis. Singkatan yang digunakan terlalu moden. Aku pun tak terkecuali dalam menggunakan singkatan terutama nak menulis nota, sms, dan facebook. Tapi seingat aku, singkatan yang biasa sahaja kot, contohnya ;
tlong = tolong
mcm = macam
mkn = makan
aku = ak
 dan banyak lagi la................... ; -))

tapi kalau aku baca bahasa singkatan sekarang ni, aku lagi pening kot....ni la contoh bahasa yang aku cakap makin canggih ;

aque = aku
napew = kenapa
skunk = sekarang
idunk = hidung

 dan banyak lagi..................................

aku tak adalah bias dengan singkatan budak-budak sekarang sebab aku pun turut menggunakan singkatan ini dalam kehidupan sehari-hari, cuma aku sedikit terkejut dengan kecanggihan bahasa. Kalau setakat menggunakan tanpa mempengaruhi dalam penulisan rasmi tak menjadi masalah. Tapi janganlah sampaikan bahasa Melayu kita sendiri makin dilupakan.

:: aku sendiri masih berusaha menambah pengetahuan  dalam bahasa Melayu ::

Tuesday, January 17

kerja...kerja...kerja...

Cuti semester dah bermula...sekejap je rasanya sebab dah hampir seminggu cuti berlalu
Tapi cuti kali ni cuma sebulan...memang sekejap je la rasanya :-((
Cuti semester kali ni, aku tetap bersemangat seperti cuti dulu...kerja!!!
Dulu aku kira, aku memang seorang yang malas nak kerja
Bila ingat semula...lepas SPM aku sempat kerja kat kedai roti hanya sehari...
kemudian berpindah kerja di kedai makan pun selama seminggu sahaja....
last-last aku pun duduk rumah je hehehe

Sekarang, mungkin umur dah meningkat, fikiran pun dah matang...terasa kalau kerja lebih berfaedah sebab dapat kumpul duit sendiri...biasalah aku ni "maintanance up" hehehe
tengok semua barang nak beli...mana nak cekau duit weihhh!!! hehehe
So, aku pun kena kerja la...dulu cuti empat bulan kerja kedai komputer
tahniah untuk diri aku la..sebab bertahan 
sekarang cuti sebulan pun aku kerja di kedai goreng pisang...hehehehe
tetap enjoy dengan kerja walaupun mula-mula kelakar jugak aku nak menggoreng pisang kan :-)
Bak kata akak tu...kerja sambil belajar duduk dapur...
tapi takkan la hari-hari suami aku nanti nak makan pisang goreng, ubi goreng, keropok goreng, rojak, popia goreng hahahhaha
 apa-apa pun..pengalaman tetap pengalaman ;-D


Wednesday, January 11

Final Exam

Dah lama tak jenguk blog aku ni...bukan sebab sibuk study ye!!! hehehe
tapi sebab my dell aku tak berapa sihat...ni baru my dell bernafas semula....harap-harap lepas ni my dell tak sakit lagi..bila dia sakit, dengan aku jugak yang sakit..;-((
malam ni, aku terlebih rajin agaknya sebab tetiba rasa bosan dah nak study...
esok ada lagi 1 paper yang terakhir untuk sem ni...2.00pm-4.00 pm..habis je paper terakhir maka berakhirlah semester 7....
rupa-rupanya dah nak habis belajar dah ...uwaaaaaaaaaa!!!!!dah nak habis belajar huhuhu
lepas ni aku dah dapat agak plak apa yang soalan akan ditanya!! klise kan hehehe
Sem ni hanya 4 paper je yang ada...tapi semua aku tak bersemangat je nak jawab..
Bersemangat la wahai hati!!! sok paper terakhir dah !!! :-))

Tuesday, January 3

Selamat Datang 2012

Selamat datang 2012.. walaupun agak terlambat nak ucapkan dalam blog ni, tapi bagi aku sekarang masih terasa bahang tahun baru itu
Yela..bila dah tahun baru, umur pun mesti baru jugak kan :-))
Sedikit teruja la bila melihat angka umur makin meningkat...tapi ada jugak yang tak bestnya...ku kira macam makin tua la plak :-((
Bila bercakap mengenai tahun baru, aku yakin semua orang akan ada azam baru
tapi aku sendiri macam pelik, sebab aku tak pernah nak maktubkan azam aku...kalau orang lain mesti dah ada list azam baru kan....
bagi aku, apa yang aku lalui setiap hari adalah suatu azam....biarlah apa orang nak cakap...hidup tak ada azam ke, tak ada tujuan ke...
yang pasti, aku tahu apa yang aku inginkan..baru la tak ada istilah azam tercapai ke tak kan?? :-)
tapi tak adalah sampai aku nak cakap sesiapa yang ada azam tu tak bagus...masing-masing berbeza corak hidupnya....
Tapi harapan tahun baru tu tetap ada, aku harap dapat menamatkan pelajaran aku dengan cemerlang,
aku jugak berharap akan ada sinar kebahagiaan pada tahun 2012 ni...:-))


:: setiap apa yang berlaku sudah tertulis dan hanya DIA yang mengetahui, kita hanya mampu merancang ::