Monday, July 9

Bakat Terpendam II


Pantun Dua Kerat Pelajar 1 Elit


Hinggap di dahan si burung Merpati.,
Perwira Melaka berani mati.

Burung Merak menuju ke muara,
Hebat Tun Perak bergelar Bendahara.
(Nukilan Mohd Anwar Ridwan)

Burung Merbok membuat sarang,
Tun Perak panglima perang.
(Nukilan Muhd Aniq B. Samsaini)

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.
(Nukilan kumpulan Wooden Tiger)

Bakat Terpendam I

Pantun Empat Kerat Pelajar 1 Elit

Ibu dan ayah pergi ke pekan,
Pergi ke pekan membeli roti;
Agama dan bangsa mesti diamalkan,
Agar kita sentiasa dihormati.
(Nukilan Muhammad Sukri B. Zamri)

Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga buat sayuran;
Besar belanja sikap sia-sia,
Hanya menambah beban kewangan.
(Nukilan Nur Amira Bt. Amir Syarifuddin)

Burung Kelicap burung Merpati,
Menghias taman cantik sekali;
Kalau kita rajin mengulangkaji,
Pasti kita berjaya nanti.
(Nukilan Nur Farah Izzati Bt. Fainul Hisham)

Buah Cempedak buah Mangga,
Masak ranum manisnya tak terhingga;
Hormati guru sayangi keluarga,
Pasti hidup akan bahagia.
(Nukilan Siti Nor Izzaty Bt. Mohd Yusoff)

Saturday, July 7

29 Jun 2012

Mungkin ter"over" tapi nak kena mulakan update blog dengan perkara-perkara semanis gula dulu ni...
tarikh ini akan hadir setiap tahun, dan bila hadir tarikh ini...maka semakin meningkatla pendakian usia aku...wohoaaaaa...dah 24 tahun usia aku...Alhamdullilah aku masih diberi ruang untuk menjadi hamba-NYA di bumi ini....
Tarikh ini juga semakin indah apabila disambut oleh anak didik aku walaupun hanya 2 bulan bersama mereka...sampaikan tak dapat nak buat ucapan...terima kasih pelajar-pelajar ku...


Dipaksa tiup lilin & potong kek dihadapan.... malu-malu kucing je ni hehehe

Bersama pelajar perempuan 4 Bestari...


~ Semoga diri ini dipanjangkan usia & sentiasa dilindungi oleh-NYA...~

kunjung tiba...

Mood nak update blog tetiba kunjung tiba...mungkin sebab baru-baru sekolah ada anjurkan sesi untuk guru-guru buka blog...aku memang tak join la sebab dah ada blog hehehe
lagipun aku kebosanan duduk rumah, al maklum la semua ada aktiviti tersendiri, tingggal la aku sorang, jadi mood nak berblog datang tetiba....
Sekarang mood nak update pasal apa pulak ye??banyak sangat nak update ni.."cool ayu" :-)
ok..sigh..nak mulakan update tuk hari ini :-)