Monday, December 10

berhabukkkk!!!

Mengulor sekejap waktu kerja ni hehehehe....perghhh...memang berhabuk dah blog aku ni
dah lame tak menconteng dinding ni....walaupun blog ni tak pemes tapi aku jadi rindu nak menulis..jadi aku tulis je la apa-apa....yang pasti aku sibuk dengan kerja...sampai orang sekeliling cakap aku gila kerja ...betul ke??hehehehe
lepas ni nak cuba update pasal CELCOM la plak...amacam??ok ke :-)






Monday, July 9

Bakat Terpendam II


Pantun Dua Kerat Pelajar 1 Elit


Hinggap di dahan si burung Merpati.,
Perwira Melaka berani mati.

Burung Merak menuju ke muara,
Hebat Tun Perak bergelar Bendahara.
(Nukilan Mohd Anwar Ridwan)

Burung Merbok membuat sarang,
Tun Perak panglima perang.
(Nukilan Muhd Aniq B. Samsaini)

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.
(Nukilan kumpulan Wooden Tiger)

Bakat Terpendam I

Pantun Empat Kerat Pelajar 1 Elit

Ibu dan ayah pergi ke pekan,
Pergi ke pekan membeli roti;
Agama dan bangsa mesti diamalkan,
Agar kita sentiasa dihormati.
(Nukilan Muhammad Sukri B. Zamri)

Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga buat sayuran;
Besar belanja sikap sia-sia,
Hanya menambah beban kewangan.
(Nukilan Nur Amira Bt. Amir Syarifuddin)

Burung Kelicap burung Merpati,
Menghias taman cantik sekali;
Kalau kita rajin mengulangkaji,
Pasti kita berjaya nanti.
(Nukilan Nur Farah Izzati Bt. Fainul Hisham)

Buah Cempedak buah Mangga,
Masak ranum manisnya tak terhingga;
Hormati guru sayangi keluarga,
Pasti hidup akan bahagia.
(Nukilan Siti Nor Izzaty Bt. Mohd Yusoff)

Saturday, July 7

29 Jun 2012

Mungkin ter"over" tapi nak kena mulakan update blog dengan perkara-perkara semanis gula dulu ni...
tarikh ini akan hadir setiap tahun, dan bila hadir tarikh ini...maka semakin meningkatla pendakian usia aku...wohoaaaaa...dah 24 tahun usia aku...Alhamdullilah aku masih diberi ruang untuk menjadi hamba-NYA di bumi ini....
Tarikh ini juga semakin indah apabila disambut oleh anak didik aku walaupun hanya 2 bulan bersama mereka...sampaikan tak dapat nak buat ucapan...terima kasih pelajar-pelajar ku...


Dipaksa tiup lilin & potong kek dihadapan.... malu-malu kucing je ni hehehe

Bersama pelajar perempuan 4 Bestari...


~ Semoga diri ini dipanjangkan usia & sentiasa dilindungi oleh-NYA...~

kunjung tiba...

Mood nak update blog tetiba kunjung tiba...mungkin sebab baru-baru sekolah ada anjurkan sesi untuk guru-guru buka blog...aku memang tak join la sebab dah ada blog hehehe
lagipun aku kebosanan duduk rumah, al maklum la semua ada aktiviti tersendiri, tingggal la aku sorang, jadi mood nak berblog datang tetiba....
Sekarang mood nak update pasal apa pulak ye??banyak sangat nak update ni.."cool ayu" :-)
ok..sigh..nak mulakan update tuk hari ini :-)



Sunday, May 6

Oh Duyong!!

Sudah empat minggu aku menjadi warga bandaraya Melaka ni...dulu masa duduk kat UPM, aku ingat lagi, aku lah yang cakap kat Melaka nak berjimat, nak berjimat....tapi bila di Melaka, mana semua azam aku ni!!!
Adakah di Melaka ni semua barang murah-murah atau aku ni memang jenis kaki shopping?? hehehe
Kalau hari biasa, memang rutin aku pagi g sekolah, lepas balik lepak je kat rumah...tapi kalau hujung minggu...........niat dari nak cari makan...tapi alih-alih aku "ngulor" ke lain....tempat biasa aku& the geng pergi mestila Duyong.....alasan nak photostat murah tapi takda la semurah SS...huahuahua
Malangnya....minggu ni, aku terbelanja lebih pulak kat Duyong tu....ni jualan habis stok punya pasal la...huhuhu
ter"grab" la juga 1 barang...buat koleksi lagi...abisla aku bila balik Terengganu nanti :-p
Plan seterusnya di Duyong!!!:-D

:: kalau dah kaki shopping,, kaki la jugak, tak ada tangan2 dah !!!

Monday, April 30

cikgu garang dapat upah :-))

Pejam celik dan celik lagi rupa-rupanya dah minggu ketiga aku menjadi guru pelatih di SMKBK...walaupun baru tiga minggu aku rasa dah banyak pengalaman yang dapat dikutip....paling banyak aku rasa bagaimana menghadapi budak-budak yang tengah membesar ni...kalau terlebih melayan, memang tak belajar la mereka ni, tapi kalau terlebih garang dia akan anti kita pulak...tapi terpaksa jugak jadi garang......macam tak percaya pun ada aku berubah menjadi garang...baru tiga minggu aku dah suruh budak berdiri...aduiiii,,,,terpaksa la kalau aku mengajar dia boleh bermain kacau kawan-kawan yang nak belajar...cikgu denda bersebab wahai pelajar!!

sayang pulak nak makan...




Tapi dalam aku garang ni...ada jugak yang baik hati bagi aku coklat....terima kasih ye, cikgu tak ada gaji nak belanja kamu :-))

Saturday, April 21

jalan-jalan cari makan...:-)

Tup...tup...dah hari Ahad..=(...kenapa la kejap je masa berlalu kalau time cuti ni kan...esok dah kembali ke sekolah...tapi apa-apa pun...semangat kena ada...perbetulkan niat semula...esok bermula lagi hari aku sebagai pendidik....
tapi yang paling best hari ni....ceritanya nak g cari lauk makan tengahari je...tapi tetibe mood melencong ke lain tu wujud...hihihihi
Lepas dah jumpa lauk yang di cari, di mana lagi kalau kedai pak cik yang murah tu hehehe, g la cari kedai nak photostat bahan mengajar...cari-cari banyak kedai tak buka...hari ni ahad kan...cam mana la boleh lupa huhuhu
Aku pun dengan mood semangat nak mengajar esok..tekan je minyak entah ke mana-mana...sampai la ke kawasan Duyung apa la kat sini...dah setel kerja, aku ngan ana nak pulak makan pisang goreng...hah!!! 1 Bukit Katil aku pusing...bukan tak ada kedai..tapi banyak kedai yang terlepas....hehehee
Dah jumpa kedai pisang goreng...terbeli pula kuih apam, air tebu dan sukun goreng hehehehe
Makan jangan tak makan...esok keletihan tak makan dah :-))

Friday, April 20

Hari yang dinantiiiii!!!!!

Yeayyyyy!!! perkataan pertama yang aku sebut dulu bila loceng kat sekolah berbunyi pada hari Jumaat tapi sebut dalam hati je la hehehehe
Siapa yang tak tunggu hari Jumaat kan? kalau dulu aku tak hirau sangat hari apa-apa pun, janji jadual kuliah kosong tapi bila jadi cikgu ni, aku memang nantikan hari Jumaat...tak perlu bangun awalllll pagi, tak perlu nak bersiap-siap bagai nak pergi sekolah....:-))
Harap hujung minggu ni berehat di rumah dengan tenang.......release tension kononnya  :-)

Monday, April 16

Dunia Baru

Holaaaa.....dah lama benar aku rasa tak update blog ni....memang agak lama juga la 
Mungkin sibuk yang dibuat-buat kot....sekarang kesibukan aku tak bemula lagi....jadi sempat la kalau aku nak mencoret sikit kat sini...
Hari ni, aku teruja pulak nak update blog kan...biasa la, update dari Bandaraya Bersejarah...MELAKA!!!! :-)
Ok...esok bermula lah rutin aku..bangun pagi, bersiap-siap bukan untuk ke kuliah lagi...tapi untuk ke sekolah...
CIKGU PRAKTIKAL!! status yang agak menggerunkan aku dan rakan-rakan 
Petang ni dah mula berfikir-fikir nak pakai baju apa esok?? Hari pertama kena kelihatan menarik kan...agak gedik je ayat ni hehehe
Apa-apa pun, buat masa ni...blog ni pasti berkisarkan kisah hidup aku sebagai guru praktikal :-))

:: Berdebar menanti hari esok :: 

Wednesday, February 22

semakin menghampiri

Wahh!!! tarikh itu semakin menghampiri...bukan tarikh kahwin ok hehehehe
tapi bagi aku tarikh penting jugak la..mungkin ini tarikh penentu untuk aku mengembalikan kenangan lalu
semoga apa yang dirancang akan berjalan lancar dengan izin-NYA, aku berdoa agar ia terbaik untukku :-)

::thanksss untuk sahabatku Aqma, doa aku memperoleh kebahagiaan yang dicari ;-)

Monday, February 20

Dah lama aku tak mencoret di blog ni rupa-rupanya....mungkin masa cuti kesibukan bekerja kot hehehe
Sedar-sedar aku dah berada di UPM, lagi mengharukan aku melangkah masuk ke UPM sebagai pelajar semester terakhir iaitu sem 8...kejap je masa berlalu...sudah 4 tahun aku melangkah dan berpijak di bumi Serdang ini untuk menggapai kejayaan. Banyak kenangan manis dan juga mesti ada yang pahit yang dapat dikumpul selama 4 tahun ini...

Semoga sisa-sisa selama 7minggu di UPM ini dapat aku gunakan dengan sebaik-baiknya untuk terus menimba ilmu di sini. Semoga segalanya turut dipermudahkan oleh- NYA

:: 2012 akan membawa seribu makna...INSYAALLAH...aminnn:-))...

Tuesday, January 24

Bila Rindu??

Sedar tak sedar dah nak masuk dua minggu aku bercuti, namun apa yang aku cari tidak ku temui
mungkin kali ni, tiada kebetulan kot...aku tak dapat apa yang aku inginkan
bilakah akan tercapai??
hanya DIA yang tahu....:-)

Sebut pasal rindu, aku akan rindukan banyak perkara
Aku rindukan hidup kat kolej, rindukan kuliah, rindukan bilik di Canselor, dan rindukan semua
tapi apa yang kita dapat buat bila rindu??
 ~ini perkara yang aku buatlah ;-p
 1. Pertama-tamanya; berdoa pada Allah agar dia pun ingat kita :-)
 2. Sebut perkara yang kita rindu,,contoh ; bila rindu seseorang...sebut nama dia, tengok gambar dia hahahha
 3. Mesej atau telefon la orang tu hehehe
 4. Ada juga yang cakap tengokla bintang di langit tapi kalo hujan macam mana tu??hehehe
 5. Ni jika bila dah tak boleh wat apa-apa...buat tak tahu je la kan huhuhu

:: semoga apa yang kita rindu, akan turut merindui kita :-) ::

Thursday, January 19

adakah bahasa kita semakin canggih?

Sebenarnya entri kali ni aku tulis bukan atas tiket sebagai bakal guru bahasa..aku hanya menulis berdasarkan pemerhatian aku...kalau kita lihat sekarang ni bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kita semakin canggih.
Kadang-kadang sampaikan aku sendiri memang susah nak paham apa yang mereka tulis. Singkatan yang digunakan terlalu moden. Aku pun tak terkecuali dalam menggunakan singkatan terutama nak menulis nota, sms, dan facebook. Tapi seingat aku, singkatan yang biasa sahaja kot, contohnya ;
tlong = tolong
mcm = macam
mkn = makan
aku = ak
 dan banyak lagi la................... ; -))

tapi kalau aku baca bahasa singkatan sekarang ni, aku lagi pening kot....ni la contoh bahasa yang aku cakap makin canggih ;

aque = aku
napew = kenapa
skunk = sekarang
idunk = hidung

 dan banyak lagi..................................

aku tak adalah bias dengan singkatan budak-budak sekarang sebab aku pun turut menggunakan singkatan ini dalam kehidupan sehari-hari, cuma aku sedikit terkejut dengan kecanggihan bahasa. Kalau setakat menggunakan tanpa mempengaruhi dalam penulisan rasmi tak menjadi masalah. Tapi janganlah sampaikan bahasa Melayu kita sendiri makin dilupakan.

:: aku sendiri masih berusaha menambah pengetahuan  dalam bahasa Melayu ::

Tuesday, January 17

kerja...kerja...kerja...

Cuti semester dah bermula...sekejap je rasanya sebab dah hampir seminggu cuti berlalu
Tapi cuti kali ni cuma sebulan...memang sekejap je la rasanya :-((
Cuti semester kali ni, aku tetap bersemangat seperti cuti dulu...kerja!!!
Dulu aku kira, aku memang seorang yang malas nak kerja
Bila ingat semula...lepas SPM aku sempat kerja kat kedai roti hanya sehari...
kemudian berpindah kerja di kedai makan pun selama seminggu sahaja....
last-last aku pun duduk rumah je hehehe

Sekarang, mungkin umur dah meningkat, fikiran pun dah matang...terasa kalau kerja lebih berfaedah sebab dapat kumpul duit sendiri...biasalah aku ni "maintanance up" hehehe
tengok semua barang nak beli...mana nak cekau duit weihhh!!! hehehe
So, aku pun kena kerja la...dulu cuti empat bulan kerja kedai komputer
tahniah untuk diri aku la..sebab bertahan 
sekarang cuti sebulan pun aku kerja di kedai goreng pisang...hehehehe
tetap enjoy dengan kerja walaupun mula-mula kelakar jugak aku nak menggoreng pisang kan :-)
Bak kata akak tu...kerja sambil belajar duduk dapur...
tapi takkan la hari-hari suami aku nanti nak makan pisang goreng, ubi goreng, keropok goreng, rojak, popia goreng hahahhaha
 apa-apa pun..pengalaman tetap pengalaman ;-D


Wednesday, January 11

Final Exam

Dah lama tak jenguk blog aku ni...bukan sebab sibuk study ye!!! hehehe
tapi sebab my dell aku tak berapa sihat...ni baru my dell bernafas semula....harap-harap lepas ni my dell tak sakit lagi..bila dia sakit, dengan aku jugak yang sakit..;-((
malam ni, aku terlebih rajin agaknya sebab tetiba rasa bosan dah nak study...
esok ada lagi 1 paper yang terakhir untuk sem ni...2.00pm-4.00 pm..habis je paper terakhir maka berakhirlah semester 7....
rupa-rupanya dah nak habis belajar dah ...uwaaaaaaaaaa!!!!!dah nak habis belajar huhuhu
lepas ni aku dah dapat agak plak apa yang soalan akan ditanya!! klise kan hehehe
Sem ni hanya 4 paper je yang ada...tapi semua aku tak bersemangat je nak jawab..
Bersemangat la wahai hati!!! sok paper terakhir dah !!! :-))

Tuesday, January 3

Selamat Datang 2012

Selamat datang 2012.. walaupun agak terlambat nak ucapkan dalam blog ni, tapi bagi aku sekarang masih terasa bahang tahun baru itu
Yela..bila dah tahun baru, umur pun mesti baru jugak kan :-))
Sedikit teruja la bila melihat angka umur makin meningkat...tapi ada jugak yang tak bestnya...ku kira macam makin tua la plak :-((
Bila bercakap mengenai tahun baru, aku yakin semua orang akan ada azam baru
tapi aku sendiri macam pelik, sebab aku tak pernah nak maktubkan azam aku...kalau orang lain mesti dah ada list azam baru kan....
bagi aku, apa yang aku lalui setiap hari adalah suatu azam....biarlah apa orang nak cakap...hidup tak ada azam ke, tak ada tujuan ke...
yang pasti, aku tahu apa yang aku inginkan..baru la tak ada istilah azam tercapai ke tak kan?? :-)
tapi tak adalah sampai aku nak cakap sesiapa yang ada azam tu tak bagus...masing-masing berbeza corak hidupnya....
Tapi harapan tahun baru tu tetap ada, aku harap dapat menamatkan pelajaran aku dengan cemerlang,
aku jugak berharap akan ada sinar kebahagiaan pada tahun 2012 ni...:-))


:: setiap apa yang berlaku sudah tertulis dan hanya DIA yang mengetahui, kita hanya mampu merancang ::