Thursday, December 29

wayang lagi...

Aku rasa kali ni balik kampung sangat best kot..
tak pernah sampai dua hari berturut-turut aku g menghadap wayang  kat mesra mall...
asik muka aku je kan yang masuk panggung tu...:-))
aku pun lagi la tak kisah malah teruja sebab tiket tersebut ditanggung beress!!!:-)
tapi yang tak menariknya, cerita yang kedua aku tengok tu agak boring....
aduyaiii, kesian kat pengarah tu, aku rasa cerita tu nampak glamour sebab ada pelakon Sam je kot...
dari sudut lain, ada mesej yang nak disampaikan tapi bagi aku amatla kebosanan duduk dalam panggung..
kadang-kadang aku sebagai penonton tak paham apa yang menjadi isu pada sesuatu cerita untuk membina skrip
hanya orang  seni je kot yang paham ..hihihi
tapi apa-apa pun, aku tetap sokong industri negara.. :-)

Tuesday, December 27

Ombak Rindu vs Ombak Mengganas

Lega yang teramat apabila kaki aku mula melangkah di bumi Kemasek..memang lupa segala-galanya pasal exam ke edit tesis ke..memang aku dah tak ingat apa-apa
sampai je kat kampung, dah macam-macam program yang ada dalam kepala aku ni
tapi yang paling best bila aku diajak untuk tengok Ombak Rindu buat kali keduanya,,biarlah orang cakap apa pun...yang penting tiket ditanggung!!! hahahaha
dapat jugak la aku berangan kali ke berapa entah pun aku tak tahu bila tengok heronya hehehe

~biar ombak menghempas pantai, namun pantai setia menanti ~


Dalam aku g tengok Ombak Rindu, tak lupa jugak kampung halamanku dilanda ombak besar....
dalam hati aku walaupun dah biasa dengan kejadian macam ni, tapi takut tu tetap ada
memang nervous giler bila orang kampung cakap ...
lariiiii!!!!air naik :-(( **cuak kejap**
tapi alhamdulillah, Allah masih melindungi kami,,,itu cuma air pasang besar
tapi tahap air nak tu agak luar biasa juga la
sampaikan malam-malam dah macam pesta air orang kampung duk tengok ombak
mak aku juga yang cool...
"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"
erkkk!!aku sendiri pun dah macam nak pindah hehehe

                    ~hakisan ombak yang semakin teruk~

Saturday, December 17

Bahagia vs Derita

Setiap orang mesti akan merasai bahagia...
aku di alam bahagia atau derita??hehehe
bahagia untuk menantikan saat itu tapi derita untuk menyelesaikan tanggungjawab :-((
tapi aku berdoa agar saat itu akan tiba dengan izin-NYA


agak jiwang jugak rupanya aku ni...
tapi untuk diri dan kebahagiaan tidak salah rasanya..hihihi
seronok juga melihat rakan-rakan aku bahagia sekarang..
yang derita...sabarla,itu semua ujian dari-NYA




:: Macam mana kalau kes "Derita Merindu ;-))".

Friday, December 16

Lega Dalam Gelisah

Tepat je jam 12.45p.m bersamaan 17hb 12 2011...perkataan yang aku boleh cakap ..LEGAAA!!
pada waktu aku menaip ni pun, mungkin ada lagi rakan-rakan seperjuangan aku yang tengah bertarung empat mata dengan penilai Projek Ilmiah Tahun Akhir..namun aku yakin semua rakan aku dapat melaksanakan dengan jaya...berbalik pada entry aku kali ini...
sebetulnya memang aku lega tapi yang menjadi gelisah adalah markah yang akan diperolehi...
aku betul-betul dalam gelisah...
Perasaan berdebar untuk pembentangan tak usah nak cakap la...
sampaikan aku rasa nak cucuk pendrive pun tak masuk  tadi..
bahasa yang mulanya aku kawal terlepas jugak dialek hahahhaha....buat muka selamba je la ye dok??:-))
Penilai aku boleh dikatakan baik dan O.K.!!! cuma markah 30% di tangannya...
besar nilainya tu..
70% lagi ditangan penyelia aku....
bolehkan aku mencapai target???
aduyaiiii...risau ni,,,

::sambil layan lagu band KC...pusing...pusing..pusing..dengar dari dalam bilik je pun :-))

Thursday, December 15

Doa ku Buat mu

Bila malam tiba, otak aku pun dah penat bekerja...menda yang pertama aku akan ingat..tentulah dia yang agak jauh tapi dekat dihati ...;-)) *pasni nak kena posting dekat2 dengan tettttt ni*
Tiada apa yang lebih indah apabila mengingati dirimu yang sentiasa menjadi tetamu hati ku...*agak jiwang kan*
Setiap hari aku akan berdoa agar kita menemui jalan yang satu untuk menuju ke jalan yang diredhai- NYA, *mestila kahwin kan..aminn...*
Kalau tak tengok sehari, mesti kerja aku tak menentu ;-p
Walau tak dapat tengok live...mestila laman sosial menjadi penghubung...ni tetibe terasa nak balik kampung...
Indahnya perasaan kan...hehehe,
teringat plak waktu-waktu bertemu...macam nak putar semula je masa tu hehehe

::kesimpulannya = kena balik rumah lepaskan rindu...tengok tempat bertemu pun jadila sebab tettt berada jauh sekarang ni atas tuntutan kehidupan :-((

Wednesday, December 14

Layannnn....





Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

:: dah berkali-kali lagu ni aku dengar..konpius aku..lagu yang best ke atau penangan "Hariz"  :-p
masa mula-mula dengar macam tak best je lagu ni...tapi bila paham liriknya..amat menyentuh perasaan..
sangat melankolik :-)

Rindu untuk ketemu dengan mu :-)

Tajuk entry agak mengujakan hati aku....memang terasa rindu bangat mau ketemu dengan mu...:-)
khas untuk mu sahabat yang berada di Kemasik...ala-ala buat ucapan kat radio plak aku rasa hehehe
untuk Qema, bila dah baca jangan lupa komen ...ni aku buat khas untuk mu ni Qema hehehe
aku rindu nak g makan kat Kerteh, rindu nak dating kat Mesra Mall sambil cuci mata..dah lama mata aku tak orang-orang kuning ni hahahaha
aku tengah berusaha nak balik study week nanti..boleh la kita keluar dating hehehe
simpan banyak-banyak dana untuk aku ye orang yang dah kerja :-p

  ~dulu kala di Putrajaya~ 
`


~sweet tak kita ma ~ hahaha

*ma, sesuai dah jadi madu* hahahaha (saja aku bold ni) :-p


p/s : simpan banyak-banyak dana untuk belanja aku ye orang yang dah kerja :-p

F.Y.P

Final Year Project!!!...sedar tak sedar dah masuk sisa-sisa terakhir untuk menghabiskan projek tahun akhir aku...teringat kembali waktu pertama kali nak memperoleh tajuk projek..hanya yang mengalaminya sahaja dapat mengetahu perasaan waktu itu...berulang kali berjumpa dengan penyelia...terpaksa pulang lewat dari biasa sewaktu cuti semester...berkampung di library dan macam-macam pengalaman...
tapi sekarang bila aku sudah menaip ke bahagian penghargaan..hanya yang dapat aku luahkan WOW!!! 
DAH NAK SIAP RUPANYA !!!
tetapi..proses mengedit tetap berjalan macam jam yang berputar huhuhu


 ~proses menyiapkan projek tahun akhir...keadaan bilik masih lagi terkawal & stok makanan yang sedia menjadi teman :-)


mula berangan ~ kulit hadapan yang bakal dijilidkan~ *merah hati vs tulisan emas*

:: sudah tahun akhir ..luv PBMP 2008/2012::

Thursday, December 1

Rindu untuk menulis

Alahaiiii ayu...waktu-waktu macam ni la aku tetiba rasa rindu nak menconteng blog aku ni...waktu genting bagi mahasiswa ..apa lagi kalau bukan ESEIMEN.. :-(
tapi dalam kalut menyiapkan tugasan aku ni, aku sempat mencuri masa untuk melepaskan rindu pada blog ni...*mencuri masa tak berdosa kan* hehehe
biarla sedikit yang aku dapat coretkan, tapi yang pasti rinduku terubat :-)
sebenarnya aku sangat-sangat risau sekarang ni...bukan sebab eseimen sebab aku dah terbiasa siapkan last minute ni hehehe tapi ada yang lebih penting ku kira...laptop kesayangan aku ni...waktu-waktu macam ni dia nak merajuk..jangan lah wat aku risau wahai lappy ku :-(( 
~bertahanlah dell ku~


p/s :tapi kesihatan kakakku lebih merisaukan aku walaupun aku tak tunjukkan kepadanya,,semoga kakak ku cepat sembuh ..aminnn

Monday, October 24

Rumahku Syurgaku

Senyum dulu..ehem- ehem :-) *muka paling bahagia lah * :-p
Senyum sebenarnya bermakna tu :-) 
terasa aman je bila berada di rumah..al maklumlah, semua kerja- kerja dilupakan..padahal kalau nak difikirkan memang banyak kerja tertangguh ni...minggu depan dah nak kena hantar 2 tugasan tapi bila ada je kat rumah automatik macam orang hilang ingatan hahaha...rasa macam tak ada apa- apa dalam kepala ...KOSONG !!
Memang "heaven" lah duk di rumah ni, makan sedap walaupun lauknya tak se gah di foodcourt UPM & dekat dengan family...
inilah yang dikatakan rumahku syurgaku...walau kemana pun kita pergi, rumah adalah tempat yang paling bahagia.


::bahan eseimen sentiasa dibawa kemana- mana tapi hanya elok parking di sebelah lappy hehehe::

Saturday, October 22

Tensionnnnn!!!

Kenapa la mesti ada "finishing school"??Mungkin entry ni agak terbuka tapi itulah yang dilalui sekarang... tapi inilah program yang amat tension bagi aku..tinggal sehari je lagi!!bersabarlah wahai hati :-)
Entah mana silapnya aku pun tak berani nak letakkan keputusan...memang betul Bahasa Inggeris tu penting tapi kalau kami ini berada dalam profesion Bahasa Melayu, aku rasa tak da kesalahan besar kalau kami menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam apa- apa urusan..ini macam program nak memperlekehkan kami...salah ke kalau tak fasih berbahasa Inggeris?

:: Sama- samalah Kita Memartabatkan Bahasa Melayu ::

Saturday, October 15

Ku Ada Kamu...;-)

Ini bukan jiwang tahap karat ye!!! hehehe
Biasala, bila hidup di perantauan kita akan jauh daripada keluarga...tapi kita masih mempunyai orang lain di sisi kita dalam sedar ataupun tanpa sedar....suka duka hidup di perantauan akan dikongsi bersama....tanpa sedar sudah 4 tahun aku hidup merantau di sini...sekejap je masa berlalu...

                                               :: mereka yang selalu di hati ku ::


                                                           ~4 tahun dalam kenangan ~




I NEED YOU...

Hurmmmm...entry nak gempak je kan...bahasa inggeris pulak tu hehehe
tapi aku tetap bangga menulis dalam bahasa ibunda...
mungkin tajuk entry nampak mudah ...I NEED YOU
rasanya semua boleh faham...tapi bagi aku ianya sangat mendalam...
kenapa la waktu- waktu macam ni ia perlu wujud dalam kotak fikiran aku yang sempit lagi sesak ni...dahla esok ada 2 paper..adakah sebab dah banyak membaca???erkkkk!!!! semestinya tidak kot
aku kena bertahan dan  abaikan "I NEED YOU"...ianya hanya di angin lalu...


:: DIA akan selalu bersama kita ::

Thursday, October 13

MAHLIGAI ILMU

KEMBARA UPM

Di sini aku mula melangkah
dengan penuh semangat
Mencari selaut ilmu
 Seribu kejayaan yang menjadi impian
Kepayahan menguji aku untuk terus tabah
Perit jerit aku lalui demi masa mendatang

Di sini aku makin mengenali erti hidup
Agar tidak terleka  dengan kegembiraan yang terlakar
Kerna tiada yang kekal dalam hidup ini
Tiada yang indah  hingga ke akhir
Andai kealpaan mula bertunas
Doa dan  restu- MU yang menemaniku

Di sini aku benihkan semangat yang menggunung
Menjadi insan yang lebih tabah
Tidak  alpa dengan permainan dunia
Menjadi diri yang sejati kepada- NYA
Mengharapkan kejayaan mengiringi perjuangan ku ini

                                                                      Nukilan Rahayu Ramlee




Secawan Kopi... :-)

Agak lama juga aku tak menjenguk ke blog kesayangan hamba ni...al maklum la, kesibukan menguasai diri ..hahaha *poyo je ayat*....
jadi, petang- petang macam ni..sambil menikmati secawan kopi, timbul pula kerajinan aku ni nak menconteng blog ini,....sebenarnya tidak ada apa pun pada tajuk aku ni...saja- saja je bagi "hot" umpama air kopi yang berasap depan aku ni ahakkksss :-p
Kebiasaannya, aku & rakan- rakan beriadah waktu macam ni, nak sihat la katakan...semenjak dua menjak ni, ramai pula aku dengar orang sakit..itu la sebabnya kami beriadah..bukan niat nak kurus ok!!!
   *kalau kurus tu satu bonus la pada aku*

p/s : jom menikmati secawan kopi walaupun dalam kepala banyak tugasan menanti ..senyummm !!! :-)

Friday, August 19

handsome vs smart

Handsome vs smart??? mungkin entry kali ini agak mengarut kalau nak ditulis, tapi aku tetap nak mengarut kat blog aku ni hehehe...

   Semah           :  kalau kau diberi pilihan,
                            lelaki mana yang menjadi pilihan hati? 
                            handsome atau smart

   Peah              : ada beza ke dua tu? bukan ke same je?
                           Orang handsome confirm la smart

   Semah           : ada la, kalau handsome tak semestinya smart tau,
                           kalau smart tak semestinya handsome       

   Peah              : alah, orang handsome mesti la smart punye!! :-p

   Semah           : itu lah, kalau muka handsome, selekeh tak apa...
                           mesti ayat kau
                           " alah!!orang dah  handsome,  
                           selekeh pun tak apa,,,,
                           tetap ramai peminat..kan...kan

   Peah              :Ye la, handsome tu aset ooo!!itu la orang akan pandang dulu...
                           ni ada ke, dah la tak handsome, tak smart pulak...selekeh

   Semah           : hahaha,,,habis tu, 
                           kau nak la jalan dengan orang handsome tapi badan hangit, 
                           baju selekeh, rambut serabai, bla...bla...bla..

   Peah              : eh!!tak mau la aku...

   Semah           : hah!! tau pun kau tak nak...
                           tu la yang nak dibezakan handsome vs smart...
                           handsome je  kalau tak  smart tak ada maknanya...
                           tapi kalau orang tu smart  walaupun tak handsome  
                           mesti akan nampak kacak jugak...

    Peah             : aisyhh!!pasni kena tengok betul- betul la hehehe
  



             ~ Hanya gambar illusi...jom membelek gambar ini sambil bagi komen hehe~

 ini memang tak SMART kan..jadi tak adalah nampak HANDSOME..tapi agak- agak kalau dia SMART, 
boleh nampak HANDSOME tak?


 yang ni handsome la di mata aku...tapi bayangkan kalau selekeh, mesti hilang jugak ke"handsome"mannya kan!!


 Opsss!! yang ni memang sesuai dengan entry aku,dia boleh jadi handsome kalau dia berlakon jadi orang SMART..tapi kalau dia berlakon selekeh memang tak handsome..


:: Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan

p/s : Ini hanya celoteh antara handsome vs smart.. sebenarnya HATI lebih  penting :-)

Wednesday, August 17

Oh Fesyen!!!

Entry aku kali ini mungkin akan menyentuh sensitiviti kaum wanita...tapi ini hanya sekadar sembang- sembang kosong..maap la kalau ada yang rasa kurang selesa bila baca ni...
Kebetulan isu ini kami berbual sewaktu menanti waktu berbuka puasa...kalau pada pandangan mata aku sebagai perempuan, aku rasa cantik dan anggun dah..aku pun sebenarnya ada keinginan untuk menjadi seperti mereka tapi apakan daya aku tidak sesuai untuk sebegitu....hehehe,
Ye la sekarang ni dah jadi fesyen dalam kalangan wanita & remaja, aku pun mesti teringin jugak kan sebab aku pun remaja hehehe...


Ini lah isu yang hamba bincangkan....fesyen terkini. Sebenarnya dah banyak kali aku dengar desas - desus lelaki kurang suka perempuan ke wanita ke pakai tudung macam ni...tapi tak sangka pula kebanyakan lelaki tak suka. Sebab mereka tak suka tu tak perlu kot untuk dibincangkan di sini. Ada la sebab- sebabnya mereka tak berkenan.Namun bukan semua kot yang tak suka, jangan salah paham pulak.


 Tapi apa yang tercatat ni bukan untuk aku kondem ke apa..sebab aku pun ada  pakai sebenarnya hehehe..

tudung ni mudah nak pakai sebenarnya kalau nak cepat ;-p

Ni pun cantik kalau orang pakai,,cuma aku tak pakai bukan sebab tak minat tapi "kureng sesuai" dengan muka aku hehehe




:: Tak salah nak berfesyen sebab kecantikan hak milik setiap wanita ::

Tuesday, August 16

Ramadhan Bersama :-)

Bila nak mula je Ramadhan, aku dah mula mencongak waktu untuk berbuka bersama kawan- kawan sekolah. Sebelum ni, memang aku tak berkesempatan nak berbuka bersama mereka. Kami masing- masing diperantauan untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar, jadi tahun ni bulan Ramadhan disambut semasa cuti semester. Jadi, aku rasa rugi la kalau tak meluangkan sehari untuk berbuka bersama. Memang seronok kalau dapat berkumpul sama- sama ni...yela, mesti asyik nak "mengutuk" je hehehe...pantang kalau jumpa..tapi "mengutuk" tu la yang menjadikan kami rapat....
Plan punya plan...kami pun pilih 13 Ramadhan untuk berbuka bersama...aku punya la semangat, malam sebelum berbuka tu g merempit dengan qema ke Kerteh..nak "booking" meja la katakan...takut penuh hehehe (hampir 3 jam lepak kat kedai makan tu) padahal air segelas je...besa la, dah jumpa..sesi luahan hati la plak kan :-p




13 Ramadhan bersama aqma, manih, ain, aina, dan zirah...so sweet!!!!








 ~ zirah mula sibuk tuang air..risau tak sempat berbuka ~ 


~ ikan bawal masam- manis~  yummy!!


 ~dah berbuka..kenyang sudaaa!!!~


 ~dah kenyang, apa lagi....possinnggg!!! ~ hehehe
qema, manih, aina

 ~poossingggg jugak kita~ :-P
ain, aku, zirah

Tapi jangan ingat aktiviti kami malam tu berakhir di sini...hehehehe..Macam lama tak jumpa, nak jugak lepak lelame..aktiviti seterusnya pusing- pusing Mesra Mall (tempat ni aje yang ada kan ) hehehee


aktiviti makan lagi hahaha...tapi ni special sebab disponsor AQMA..thanksss !!
 (rupa aiskrim yang telah diterkam oleh kami) 



 makan lagi....dessert je pun :-p



 makan sambil senyum :-)




“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat bisa lebih dekat dari pada saudara sendiri.”




Monday, August 15

Hati Yang Lara...(^-^)

Setiap orang mungkin akan merasai kesedihan..sudah menjadi lumrah kehidupan manusia apabila perasaan gembira dan sedih bersilih ganti..Aku juga manusia biasa..perasaan itu hadir juga tatkala aku cuba menghindarinya. Tapi aku rasa kali ini kesedihan ini aku yang mengundangnya sendiri..Tiada sesiapa yang memberikan aku kesedihan ini. Kala pertengahan Ramadhan ini, rasa sedih berlabuh di hati aku.Tapi bila difikirkan kembali, tidak sepatutnya aku sedih..namun hati ini tetap lara apabila mengetahui hal yang sebenar-benarnya. Walau apa pun yang berlaku, aku berterima kasih kepada-NYA kerana dia memberi aku jalan untuk tidak terus hidup dalam khayalan...




Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Thursday, August 11

HAMPIR SEMPURNA...

Dah agak lama rasanya tak mencoret entry baru buat blog aku yang tak seberapa nie...
tak ada apa sangat yang nak story sebenarnya...cuma nak kongsi cerita semasa cuti...musim- musim cuti ni aku yakin dan pasti la mesti ramai kawan- kawan seperjuangan aku yang sibuk menyiapkan tugasan untuk projek tahun akhir kita..tak terkecuali jugak dengan aku...dalam kesibukan kerja *cewahhh!!orang baru ada kerjaya sampingan katakan*..aku kena mencuri waktu kerja aku untuk menyiapkan tugasan aku walaupun terpaksa mencuri waktu kerja aku...bila selesai aku jalankan soal selidik tak bermakna selesai kerja aku...masih banyak yang menanti di sana nanti...cuma apa yang dapat aku katakan HAMPIR SEMPURNA la...tapi bila semak semula hasil soal selidik, hati aku mula berdebar melihat respon pelajar...macam susah je nanti aku nak analisis...satu lagi dugaan yang menanti !!!



                             * kehidupan sebagai pelajar semakin ke penghujung*

Wednesday, July 27

AngAn- aNGaN...

aissshhhh....tengah- tengah keje pun ak sempat lagi berangan..ni dh jadi angan- angan "minah jenin"..agaknya minah jenin pn x angan2kan menda nihhh
 hehehe...sikit pnya syok la ak berangan...nk yg ada class jew...IPHONE tuuuhhh!!!


mak ai...ble la ak boleh pakai menda ni???gji ak yg smentara ni mmg haram kejadahla nk pkai...ciputtt je pn
nanti kalo dh jd cikgu (insyaAllah)...rsenya blum tntu bleh beli lg...bnyak lagi yg lebih penting dri tu...
so....mmg berangan je la gamaknya....
pdhal ak bkn la yg jenis giler teknologi pun...tgok menda ni pn mmg konpem buta lg nk guna...tp entahla ak duk tgok org sume ape2 via iphone...ak pn pe lagi mengesearch la kt internet...pdhl xpnting pn kan...kan...
tp bila hati dh terpaut mmg ak berangan la smpai masuk mimpi haahahaha.
oh iphone ku!!! :-p

Tuesday, July 26

ALLAH MAHA MENGETAHUI...


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawaALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAHdengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
  

::ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA...